Friday, 20 December 2013

cinta dalam diam

"Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku"



 setiap daripada kita mesti ada secret admire atau lebih dikenali lagi dengan CRUSH. tapi kadang-kadang tu aku terfikir juga apa respon orang tu bila dapat tahu..mungkin ada yang akan gembira bila orang yang dia suka tu juga suka dekat dia tapi ada jugak yang akan kecewa.. aku ada lah tanya sorang kawan aku yang pernah sekolah agama, boleh ke kita menyukai seseorang tu atau crush dekat orang tu dalam diam. apa yang dia katakan, kita boleh crush dekat someone tu TETAPI mesti DALAM DIAM. kita tak boleh cerita  langsung dekat orang lain, dekat kawan rapat ke, family ke.. hanya KITA dan ALLAH sahaja yang tahu. cinta dalam diam juga salah satu daripada syahid, sebab kita sedang berjuang untuk menahan hawa nafsu kita dengan SYARAT hanya kita dan Allah.. Bagi aku kalau tak bagitahu lagi baik sebab takut dikecewakan di kemudian hari.. kalau betul dia jodoh kita yang Allah tetapkan jauh manapun dia pergi dia tetap akan kembali pada kita suatu hari nanti dan kalau betul dia bukan jodoh kita, bersangka baiklah dengan Allah mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita.. Allah itu maha Adil..










No comments:

Post a Comment