Wednesday, 25 December 2013

Cinta Tak Selalunya Indah

bila aku stalker gambar dia kadang-kadang aku terfikir layak ke aku untuk dia? kenapa aku terlalu mengharap pada dia sedangkan aku tahu tak mungkin dia akan menjadi milik aku satu hari nanti.. tapi hati aku kuat mengatakan dia pemilik tulang rusuk kiri ku.. kadang-kadang bila aku teringat akan dosa-dosa aku, seperti aku tidak layak memiliki dirinya.. dia pemuda yang soleh disanjungi dan dihormati, sedangkan aku wanita, yang solehah ku tidak pasti.. tapi aku akan cuba dan terus mencuba untuk memperbaiki diriku bukan kerana dia tapi kerana Allah.. inn shaa Allah. Allahuakhbar, sukar untuk aku melupakan dia.. cubalah sebanyak manapun tapi aku tak boleh. Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never met. mungkin dia adalah orang yang aku inginkan, tapi aku bukan insan yang dia dambakan.. i think i need to stop thinking about you, because i know you're not thinking about me BUT i can't.. you always in my mind.. terkadang aku terlalu mengharap orang yang kita suka dalam diam juga suka kita.. yess, aku memang terlalu mengharap benda tu terjadi.. entahlah..aku tertarik dengan sepotong ayat ni"Carilah seseorang yang ikhlas menerima kekurangan dan kemiskinanmu, kelak dia akan sentiasa bersama mu, tidak kira susah atau senang". yep, biar dia terima aku seadanya, terima baik dan buruk diri ku.. jika betul dia pemilik rusuk kiri ku. inn shaa Allah aku terima dia seadanya.. aku menyintai dia kerana Agama yang dia miliki.. sebab dengan Agama inn shaa Allah dia dapat membimbing aku hingga ke Jannah Allah.. kerana bagi aku apabila kita ingin memilih, pilihlah dia yang dapat dekatkan lagi diri kita dengan Maha Pencipta..aku selalu pegang dengan kata-kata ni "JANGAN MENARUH HARAPAN PADA YANG BELUM TENTU DIMILIKI, BIMBANG HATI KECEWA SENDIRI".hati aku terpikat pada dia kerana DEEN yang ada pada dirinya, hingga terpancar pada TINGKAH LAKU dan PERIBADINYA lalu menarik perhatian aku..
Ya Allah yang lebih mengetahui isi hati ini, Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari Agamanya, maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA…Tapi, jika benar dia TERTULIS untukku Kau lindungilah dirinya walau di mana dia berada, peliharalah hatinya untuk ku..
rindu yang indah adalah bersandar di jalan Illahi.Tidak bertemu empat mata Tidak mendengar suara lembut di halwa telinga Tetapi menyebut nama yang dirindui ketika dahi bertemu sejadah..
kalau kita rindukan seseorang,amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha,“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada (nama penuh insan dirindui) sehingga aku menjadi kerinduan buatnya.. biar kita menyintai seseorang dalam diam. kerna bila dia tahu mungkin cinta kita untuknya akan berkurang.. mengadulah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hambanya..



http://youtu.be/p5lahXKcZLwhttp://youtu.be/p5lahXKcZLw

No comments:

Post a Comment